Featured post

SUKSES KOLEJ 9-10 UTM 2016

SUKSES merupakan program sukan kolej 9-10. Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Pasukan dibahagikan mengikut foyer masing2. Dalam k...

Thursday, 23 March 2017

SUKSES KOLEJ 9-10 UTM 2016


SUKSES merupakan program sukan kolej 9-10. Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Pasukan dibahagikan mengikut foyer masing2. Dalam kolej ada 4 foyer maka terdapar 4 pasukan iaitu hitam, biru, merah dan ungu. Untuk foyer aku mewakili pasukan ungu dan aku menyertai pertandingan bola jaring. Bukan senang nak jadi johan sebab pasukan lain juga hebat2 dan sengit dalam meraih mata. Pasukan aku tak pernah buat latihan dan tidak mengenali antara satu sama lain kerana jarang ataupun tidak pernah berjumpa oleh kerana berlainan fakulti. Pada hari perlawanan tu lah kami berkumpul dan membahagikan posisi dalam permainan. Tidak menjadi masalah pada kami untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain semasa dalam permainan kerana masing2 bermain dengan baik. Semua pasukan lakukan yang terbaik untuk memperoleh johan dalam pertandingan. Alhamdulillah, pasukan aku menjadi johan dalam pertandingan ini hasil daripada kerjasama dan corak permainan yang baik oleh pasukan kami. Pasukan yang menang akan memperoleh pingat dan sijil dan itu adalah kepuasan untuk kami. Dan sesiapa sahaja yang menyertai program SUKSES ini akan memperoleh kuota pengetua dan diisi dalam rekod pelajar sebagai ganjaran untuk pemilihan bilik pada tahun akan datang. Program seperti ini amat bagus untuk mahasiswa/mahasiswi lebih bersosial dalam sukan dan memupuk semangat kesukanan dalam diri peserta2.


Majlis Meraikan Pelajar Junior SPPS UTM. WELCOME JUNIOR!



Senior SPPS punya lah baik hati buatkan majlis untuk kami pelajar junior. Majlis untuk meraikan kehadiran kami pelajar baru sains sukan secara tidak langsung untuk memperkenalkan diri sesama mereka. Majlis seperti ini sangat bagus kerana dapat mengenali dan mengeratkan silaturrahim. Majlis yang sederhana tetapi meriah yang turut dihadiri pensyarah2 sains sukan. Majlis ini juga meraikan pensyarah kami yang telah menerima gelaran doktor dalam bidang mereka, congratulations doktor asha dan doktor hafiza! Soon, encik syahrul pulak bakal dapat gelaran doktor, good luck encik syahrul! Selesai sesi perkenalan dan potong kek, macam biasa lah mesti ada jamuan :D. Thank you our senior for the delicious food! Untuk akan datang nanti, kami pula akan buat majlis untuk pelajar junior. WELCOME SPPS JUNIOR!





Minggu Mesra Mahasiswa UTM

1 SPPS

28/8/2016 adalah tarikh di mana pelajar baru mendaftar ke UTM untuk memulakan sesi minggu orientasi. Minggu Mesra Mahasiswa(MMM) berlangsung selama seminggu di mana pelbagai program dan aktiviti telah disediakan untuk para mahasiswa/mahasiswi jalani selama tempoh tersebut. Paling seronok adalah aktiviti lawan sorakkan antara kolej2 sebelum dan selepas program untuk memeriahkan susana dewan. Selain itu, aktiviti senam aerobik dan pertandingan sukan dalam pelbagai acara berlangsung untuk memberi peluang kepada para mahasiswa/mahasiswi aktif dan mempamerkan skill dalam sukan. Mana-mana yang hebat tu terpilih lah masuk ke U-team. 




Sebelum dapat masuk UTM dalam bidang pendidikan(sains sukan) ni kami perlu jalani ujian personaliti, temuduga dan ujian kecergasan. Temuduga dan ujian kecergasan berlangsung pada bulan puasa dan itu agak sukar untuk kami tapi itu tidak jadi penghalang untuk lakukan ujian dengan baik. Dalam gambar ni 14 orang budak kelas 1 SPPS yang datang dari pelbagai latar belakang, negeri, umur dan itu tak jadi masalah untuk kami sama2 habiskan study sampai ke hari konvokesyen. May Allah ease our journey. Kami anak kandung UTM rimbun bernaung. I am proud to be UTM student!


JAVELIN THROW






PENGENALAN MEREJAM LEMBING


Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.



Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm - 33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm - 16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm - 15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

Rajah 1: Kayu rejam lembing



PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING


Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bole tenis.

Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil memegang lembing. Butiran seperti pentingnya melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih. Terdapat tiga gaya memegang lembing iaitu gaya Amerika, gaya Finnish dan gaya pegangan - U dimana ia digunakan bergantung pada keselesaan para pelatih untuk melakukan rejaman yang dikehendaki.

Rajah 2: Gaya memegang lembing

1. Gaya Amerika: lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong
    oleh tiga jari yang lain.       
2. Gaya Finnish: lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.
3. Gaya pegangan - U: lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.



Untuk gaya rejaman terdapat dua gaya iaitu gaya rejaman dari atas bahu dan gaya rejaman dari bawah bahu.

Rajah 3: Gaya rejaman dari atas bahu


Rajah 4: Gaya rejaman dari bawah bahu



Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5m dan lebar 4m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 - 30 darjah mempunyai jarak 8m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai yang menyaksikan acara itu dijalankan. Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau stdium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang diiktiraf IAAF.

Rajah 5: Kawasan rejaman



FASA - FASA PERGERAKAN


1. Fasa persediaan

Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

a) Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa.
b) Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa.
c) Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah.
d) Bahagian kepala lembing hendaklah menghala kea rah kawasan rejaman.
e) Pandang kea rah kawasan rejaman.


2. Fasa lari landas

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

a) Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala.
b) Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal.
c) Langkah terakhir lebih besar daripada langlah - langkah sebelumnya.
d) Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya
    kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman.


3. Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

a) Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi.
b) Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan
    kuasa rotasi pinggang.
c) Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan
    lembing.
d) Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk
    menambahkan kuasa rejaman.


4. Fasa ikut lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

a) Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat
    dengan sebelah kaki.
b) Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi.
c) Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan.
d) Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan.



PERATURAN AM

Dalam acara merejam lembing terdapat beberapa peraturan am yang perlu dipatuhi oleh peserta. Peraturan am acara merejam lembing adalah seperti berikut:

1. lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya.
2. Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan
    dan lembing yang direjam mestilah mendarat di kawasan yang dibenarkan.
3. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar
    kepala lembing menyentuh tanah dahulu.
4. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum
    mendarat.
5. Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman
    adalah sah.
6. Sarung tangan tidak dibenarkan.
7. Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan
    orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan
    setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara
    ke pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.

Saturday, 18 March 2017

PACKAGING INSPECTOR

Kenal tak produk makanan ringan Miaow Miaow? Alaaa produk ni biasa ada dekat pasaraya dengan mini mart stesen minyak. Kalau rasa tak pernah makan makanan ringan ni, cuba ingat balik sebab mana lah tahu sebenarnya pernah makan tapi tak ambil tahu jenama makanan ni.
Pernah makan makanan ringan ni? Kenal jenama makanan ringan ni? Kalau kenal, produk mana yang awak suka? I upload this product because it is my favorite! So yummy! Tak jemu makan :P . Lepas resign kerja as a YES 4G ambassador, aku kerja sebagai inspector packaging dekat sebuah kilang makanan ni Miaow Miaow Food Product. Tak plan pun nak mintak kerja dekat syarikat ni tapi dah rezeki, alhamdulillah. Masa datang minta kerja ni jawatan yang sesuai dengan diploma aku tu semua dah penuh. I'm supposed to be working in the laboratory. Tipu lah kalau tak kecewa :( . Syarikat ni offer aku jadi pekerja biasa dekat bahagian pembungkusan makanan. So aku dah fikir2 dan aku terima sebab walaupun jadi pekerja biasa tapi perlahan-lahan aku boleh timba ilmu dan pengalaman. Seriously gaji yang syarikat ni offer lagi kecil daripada gaji aku masa kerja YES 4G ambassador tapi tak apa lah asalkan aku minat dengan kerja aku. Skop kerja aku ni kena periksa pembungkus makanan yang telah siap dibungkus untuk pastikan pembungkus yang digunakan betul dengan jenis produk, tarikh luput pada pembungkus perlu jelas, tak ada kebocoran pada pembungkus, tiada produk yang kurang berat daripada yang telah ditetapkan, kotak dibalut dengan kemas dan pengeluaran produk mengikut jumlah tempahan pelanggan. Pemeriksaan dilakukan setiap 30 minit. Hari2 aku kena jaga 4 mesin so ada 4 produk yang aku kena periksa dalam tempoh setiap 30 minit tu. Kalau ada masalah dengan produk, aku kena cepat minta penyelenggara untuk betulkan kerosakkan. Buat kerja ni kena teliti untuk kualiti dan kepuasan pelanggan. Dalam 5 bulan aku kerja ni masih tak dapat tawaran untuk pangkat yang aku pohon sebab jawatan tu tak ada kekosongan. So aku cari kerja lain yang sesuai dengan kelulusan aku. Alhamdulillah, aku dapat panggilan temuduga sebagai Quality Assurance(QA) inspector di sebuah kilang makanan Julie's dekat Melaka. Finally aku dapat kerja tu. Aku bincang baik2 dengan mak abah dan akhirnya mak abah bagi izin aku kerja di Melaka. Okay lah gaji yang syarikat ini bagi termasuk elaun dan  kerja overtime aku buat boleh lah simpan sikit2. Bila masuk kerja baru ni agak mudah sebab aku dah ada sikit pengalaman kerja dalam mengendalikan pembungkusan produk akhir mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kerja ni agak stress sikit sebab aku kena pastikan semua bahan mentah, produk, pembungkusan dan pelabelan mengikut spesifikasi dan pastikan tiada apa2 produk yang rosak terlepas ke pasaran. Mula2 je lah rasa beban sikit tapi lama2 dah pandai so dah tak ada masalah nak uruskan. Pada aku lah, tak apa kalau kita mula dari bawah sebab experience is something that is not tradable. Knowledge and experience is something valuable in life so guys you have to grab as much as you can! :D


Friday, 17 March 2017

YES 4G ambassador



Mei-Julai 2015.  Lepas habis study, tak ada rezeki dapat kerja dalam major course diploma aku. So sementara dapat panggilan interview, aku kerja biasa2 dulu. Aku kerja dekat kiosk YES 4G internet sebagai ambassador. Gaji dia bagi boleh taham masyuk, tapi kena tahan lah kalau kena bising dengan bos kalau tak dapat banyak sale :( . Hidup ni kena berani cuba macam2 so kita dapat banyak pengalaman :) . Masa aku nak closing kedai, best friend aku buat birthday surprise! :D auchh i'm so touch sayang! Kita mungkin ada ramai kawan tapi kawan yang betul2 sayang kau, tolong tak kira masa, buat kau gelak pecah perut semua tu ada seketul dua je :p . Aku just nak point kan dekat sini, environment hidup sekarang makin susah. Tak macam dulu habis2 study je senang dapat kerja tapi sekarang ni kena struggle nak dapatkan kerja yang ikut bidang kita. So, walaupun kita ada diploma ke, ijazah, master ataupun PhD, jangan malu kalau sementara waktu tu kita kerja biasa2 sebelum dapat kerja yang betul2 best untuk kita. Relax lah, kerja biasa2 ni bukan hina pun, kalau pandai cari kerja ni ada je yang gaji lumayan. Pengalaman dan ilmu tu berharga sangat dan tak kan dapat kalau tak merasa sendiri :D . Lagi satu, kawan jangan memilih dia ni kaya ke tak ke, cantik ke bergaya ke apa ke, tapi yang penting dia tak abaikan masa kita sedih, susah, sakit, selalu tegur dan ingatkan kita. So, love all your friends guys! :)

Thursday, 16 March 2017

I AM FOOD TECHNOLOGIST !!!



Officially graduated in Diploma of Food Technology
from Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuantan Pahang.


Terima kasih Encik Mohd Sahudi & Puan Pa'ezah. Terima kasih sebab mak abah masih sihat dan raikan hari paling best buat ibi. Terima kasih sebab sabar sesabarnya dengan perangai ibi, gigih besarkan ibi, tekun didik ibi sampai boleh belajar tinggi2, tak jemu layan ibi & banyak ingatkan ibi. Semoga mak abah panjang umur, dilindungi Allah dunia akhirat, dikurniakan kebahagiaan abadi, diberikan rezeki yang luas, sentiasa sihat sebab ibi belum puas nak tengok mak abah, nak manja2 dengan mak abah, nak makan lauk favourite yang mak abah masak masa raya. Once again, terima kasih banyak2 mak abah. Ibi loves you to the moon and back! p/s: tak semestinya mak ayah yang tak high education ni tak mampu nak didik anak-anak sampai ke menara gading. Love your parents guys!