Featured post

SUKSES KOLEJ 9-10 UTM 2016

SUKSES merupakan program sukan kolej 9-10. Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Pasukan dibahagikan mengikut foyer masing2. Dalam k...

Thursday, 23 March 2017

JAVELIN THROW






PENGENALAN MEREJAM LEMBING


Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.



Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm - 33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm - 16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm - 15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

Rajah 1: Kayu rejam lembing



PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING


Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bole tenis.

Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil memegang lembing. Butiran seperti pentingnya melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih. Terdapat tiga gaya memegang lembing iaitu gaya Amerika, gaya Finnish dan gaya pegangan - U dimana ia digunakan bergantung pada keselesaan para pelatih untuk melakukan rejaman yang dikehendaki.

Rajah 2: Gaya memegang lembing

1. Gaya Amerika: lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong
    oleh tiga jari yang lain.       
2. Gaya Finnish: lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.
3. Gaya pegangan - U: lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.



Untuk gaya rejaman terdapat dua gaya iaitu gaya rejaman dari atas bahu dan gaya rejaman dari bawah bahu.

Rajah 3: Gaya rejaman dari atas bahu


Rajah 4: Gaya rejaman dari bawah bahu



Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5m dan lebar 4m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 - 30 darjah mempunyai jarak 8m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai yang menyaksikan acara itu dijalankan. Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau stdium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang diiktiraf IAAF.

Rajah 5: Kawasan rejaman



FASA - FASA PERGERAKAN


1. Fasa persediaan

Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

a) Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa.
b) Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa.
c) Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah.
d) Bahagian kepala lembing hendaklah menghala kea rah kawasan rejaman.
e) Pandang kea rah kawasan rejaman.


2. Fasa lari landas

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

a) Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala.
b) Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal.
c) Langkah terakhir lebih besar daripada langlah - langkah sebelumnya.
d) Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya
    kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman.


3. Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

a) Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi.
b) Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan
    kuasa rotasi pinggang.
c) Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan
    lembing.
d) Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk
    menambahkan kuasa rejaman.


4. Fasa ikut lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

a) Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat
    dengan sebelah kaki.
b) Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi.
c) Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan.
d) Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan.



PERATURAN AM

Dalam acara merejam lembing terdapat beberapa peraturan am yang perlu dipatuhi oleh peserta. Peraturan am acara merejam lembing adalah seperti berikut:

1. lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya.
2. Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan
    dan lembing yang direjam mestilah mendarat di kawasan yang dibenarkan.
3. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar
    kepala lembing menyentuh tanah dahulu.
4. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum
    mendarat.
5. Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman
    adalah sah.
6. Sarung tangan tidak dibenarkan.
7. Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan
    orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan
    setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara
    ke pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.

No comments:

Post a Comment