SUKSES merupakan program sukan kolej 9-10. Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Pasukan dibahagikan mengikut foyer masing2. Dalam kolej ada 4 foyer maka terdapar 4 pasukan iaitu hitam, biru, merah dan ungu. Untuk foyer aku mewakili pasukan ungu dan aku menyertai pertandingan bola jaring. Bukan senang nak jadi johan sebab pasukan lain juga hebat2 dan sengit dalam meraih mata. Pasukan aku tak pernah buat latihan dan tidak mengenali antara satu sama lain kerana jarang ataupun tidak pernah berjumpa oleh kerana berlainan fakulti. Pada hari perlawanan tu lah kami berkumpul dan membahagikan posisi dalam permainan. Tidak menjadi masalah pada kami untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain semasa dalam permainan kerana masing2 bermain dengan baik. Semua pasukan lakukan yang terbaik untuk memperoleh johan dalam pertandingan. Alhamdulillah, pasukan aku menjadi johan dalam pertandingan ini hasil daripada kerjasama dan corak permainan yang baik oleh pasukan kami. Pasukan yang menang akan memperoleh pingat dan sijil dan itu adalah kepuasan untuk kami. Dan sesiapa sahaja yang menyertai program SUKSES ini akan memperoleh kuota pengetua dan diisi dalam rekod pelajar sebagai ganjaran untuk pemilihan bilik pada tahun akan datang. Program seperti ini amat bagus untuk mahasiswa/mahasiswi lebih bersosial dalam sukan dan memupuk semangat kesukanan dalam diri peserta2.
Featured post
SUKSES KOLEJ 9-10 UTM 2016
SUKSES merupakan program sukan kolej 9-10. Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Pasukan dibahagikan mengikut foyer masing2. Dalam k...
Thursday, 23 March 2017
SUKSES KOLEJ 9-10 UTM 2016
SUKSES merupakan program sukan kolej 9-10. Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Pasukan dibahagikan mengikut foyer masing2. Dalam kolej ada 4 foyer maka terdapar 4 pasukan iaitu hitam, biru, merah dan ungu. Untuk foyer aku mewakili pasukan ungu dan aku menyertai pertandingan bola jaring. Bukan senang nak jadi johan sebab pasukan lain juga hebat2 dan sengit dalam meraih mata. Pasukan aku tak pernah buat latihan dan tidak mengenali antara satu sama lain kerana jarang ataupun tidak pernah berjumpa oleh kerana berlainan fakulti. Pada hari perlawanan tu lah kami berkumpul dan membahagikan posisi dalam permainan. Tidak menjadi masalah pada kami untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain semasa dalam permainan kerana masing2 bermain dengan baik. Semua pasukan lakukan yang terbaik untuk memperoleh johan dalam pertandingan. Alhamdulillah, pasukan aku menjadi johan dalam pertandingan ini hasil daripada kerjasama dan corak permainan yang baik oleh pasukan kami. Pasukan yang menang akan memperoleh pingat dan sijil dan itu adalah kepuasan untuk kami. Dan sesiapa sahaja yang menyertai program SUKSES ini akan memperoleh kuota pengetua dan diisi dalam rekod pelajar sebagai ganjaran untuk pemilihan bilik pada tahun akan datang. Program seperti ini amat bagus untuk mahasiswa/mahasiswi lebih bersosial dalam sukan dan memupuk semangat kesukanan dalam diri peserta2.
Majlis Meraikan Pelajar Junior SPPS UTM. WELCOME JUNIOR!
Senior SPPS punya lah baik hati buatkan majlis untuk kami pelajar junior. Majlis untuk meraikan kehadiran kami pelajar baru sains sukan secara tidak langsung untuk memperkenalkan diri sesama mereka. Majlis seperti ini sangat bagus kerana dapat mengenali dan mengeratkan silaturrahim. Majlis yang sederhana tetapi meriah yang turut dihadiri pensyarah2 sains sukan. Majlis ini juga meraikan pensyarah kami yang telah menerima gelaran doktor dalam bidang mereka, congratulations doktor asha dan doktor hafiza! Soon, encik syahrul pulak bakal dapat gelaran doktor, good luck encik syahrul! Selesai sesi perkenalan dan potong kek, macam biasa lah mesti ada jamuan :D. Thank you our senior for the delicious food! Untuk akan datang nanti, kami pula akan buat majlis untuk pelajar junior. WELCOME SPPS JUNIOR!
Minggu Mesra Mahasiswa UTM
1 SPPS
28/8/2016 adalah tarikh di mana pelajar baru mendaftar ke UTM untuk memulakan sesi minggu orientasi. Minggu Mesra Mahasiswa(MMM) berlangsung selama seminggu di mana pelbagai program dan aktiviti telah disediakan untuk para mahasiswa/mahasiswi jalani selama tempoh tersebut. Paling seronok adalah aktiviti lawan sorakkan antara kolej2 sebelum dan selepas program untuk memeriahkan susana dewan. Selain itu, aktiviti senam aerobik dan pertandingan sukan dalam pelbagai acara berlangsung untuk memberi peluang kepada para mahasiswa/mahasiswi aktif dan mempamerkan skill dalam sukan. Mana-mana yang hebat tu terpilih lah masuk ke U-team.
Sebelum dapat masuk UTM dalam bidang pendidikan(sains sukan) ni kami perlu jalani ujian personaliti, temuduga dan ujian kecergasan. Temuduga dan ujian kecergasan berlangsung pada bulan puasa dan itu agak sukar untuk kami tapi itu tidak jadi penghalang untuk lakukan ujian dengan baik. Dalam gambar ni 14 orang budak kelas 1 SPPS yang datang dari pelbagai latar belakang, negeri, umur dan itu tak jadi masalah untuk kami sama2 habiskan study sampai ke hari konvokesyen. May Allah ease our journey. Kami anak kandung UTM rimbun bernaung. I am proud to be UTM student!
JAVELIN THROW
PENGENALAN MEREJAM LEMBING
Mengikut catatan sejarah, acara merejam
lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Ketika
itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara
ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun
1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan
olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita di
peringkat negeri, daerah atau sekolah.
Matlamat acara ini ialah merejam lembing
sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang
telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan
yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan
kawasan membuat rejaman iaitu padang.
Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau
logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala
yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujung atau ekor yang tajam.
Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm - 33cm.
Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm - 16cm untuk acara kategori lelaki dan
14cm - 15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada
pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g
manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.
PRINSIP ASAS MEREJAM
LEMBING
Merejam lembing berbeza
daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar
cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan
dan juga kawasan untuk bergerak. Dalam acara merejam lembing, pelatih
menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling
sebiji batu atau bole tenis.
Selain itu, pelatih
hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk
menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju
hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing,
berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga
mereka dapat berlari sambil memegang lembing. Butiran seperti pentingnya
melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan
yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan
badan adalah perlu kepada para pelatih. Terdapat tiga gaya memegang lembing
iaitu gaya Amerika, gaya Finnish dan gaya pegangan - U dimana ia digunakan
bergantung pada keselesaan para pelatih untuk melakukan rejaman yang
dikehendaki.
Saturday, 18 March 2017
PACKAGING INSPECTOR
Friday, 17 March 2017
YES 4G ambassador
Thursday, 16 March 2017
I AM FOOD TECHNOLOGIST !!!
![]() |
Officially graduated in Diploma of Food Technology
from Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuantan Pahang. |
Subscribe to:
Posts (Atom)